SELAMAT DATANG

Selamat datang... Semoga bahan2 yang dipaparkan boleh digunakan bersama.

MALAYSIA KU TERCINTA

MALAYSIA KU TERCINTA bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif

Wednesday, 16 February 2011

KISAH DI SEBALIK PISANG GORENG

Macam biasa.. Jam 3 bersiap untuk pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.. Teringat pesan insan tersayang " Tolong belikan pisang goreng kat gerai di simpang taman perumahan"..
Sampai di rumah.. belek-belek majalah baru beli semalam.. sambil menikmati pisang goreng panas.. Fuhhh.. Masyuk..
Belek punya belek.. Jumpa la artikel pasal "KISAH DI SEBALIK PISANG GORENG"..Jom kongsi..

PISANG goreng cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Jadi adalah tidak menghairankan ia menjadi pilihan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Hidangan ini bukan sahaja lazat, harganya yang murah serta mudah diperoleh menjadi punca mengapa ramai yang gemar menikmatinya.
           Namun di sebalik rasanya yang sedap, tahukah anda apakah rahsia di sebalik pisang goreng ini? Penyediaan makanan ini sedikit pun tidak melibatkan penggunaan kolesterol kerana minyak kelapa sawit dan pisang merupakan sumber tumbuhan. Jadi apakah kaitan lemak trans atau minyak terhidrogen dengan pisang goreng?
           Menurut Dr Tee (Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia), makanan ini merupakan makanan yang seharusnya diberi perhatian serius. Bukan kerana rasanya yang enak, tetapi kepada cara penyediaannya. Penggunaan minyak sayuran terutamanya minyak kelapa sawit sememangnya bukan suatu yang merungsingkan, namun bukan bermakna seseorang itu boleh makan sesuka hati.
           " Penggunaan minyak berulang kali menjadikan pisang goreng mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Ini kerana pisang goreng yang dijual digerai-gerai tepi jalan ini menyumbang kepada peningkatan kolesterol jahat (LDL)".
          " Ramai juga yang tidak sedar kebanyakan pisang goreng yang dijual di gerai-gerai menggunakan minyak sayuran yang telah dipecahkan molekulnya menjadi lebih kecil akibat penggunaannya berulang kali tanpa disedari. Ada sesetengah minyak menggoreng pisang yang digunakan telah bertukar warna daripada kuning keemasannya itu kepada warna yang lebih gelap".
          Bukan pisang goreng sahaja yang digoreng dalam minyak yang sama. Ada pelbagai juadah sampingan lain seperti karipap, donut, jemput-jemput dan lain-lain turut 'dilebur' dalam minyak yang sama. Dan jangan terkejut jika mingkin ada sesetengah peniaga yang menggunakan minyak masak yang sama untuk menggoreng pisang dan juadah-juadah mereka dengan minyak yang sama setiap hari.
          Melihat kepada situasi ini boleh dijelaskan bahawa penggunaan minyak secara berulang kali pasti boleh mengubah kebaikan kandungan minyak masak jenis kelapa sawit yang digunakan, malah tindakan seperti ini juga boleh menambahkan lebih banyak kolesterol jahat (LDL) dalam badan. Sudahlah begitu, penggunaan berulang kali minyak kelapa sawit boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kanser kepada pembeli yang memakan pisang goreng secara kerap.
          Ditanya apakah penggunaan minyak sawit secara berulang-ulang ini mendorong kepada terhasilnya minyak terhidrogen. Dr Tee menerangkan antara kedua-duanya tiada kaitan.
"Pisang goreng tidak mengandungi lemak trans walaupun pisang yang dijual digerai-gerai di tepi jalan menggunakan minyak masak terpakai berulang kali. Hal ini kerana penghasilan minyak terhidrogen atau trans fat berbeza dengan proses pemecahan molekul minyak akibat penggunaan minyak sawit secara berulang kali". Jelasnya.


Dipetik daripada : iSIHAT, mac 2011

1 comment:

  1. dah mula kurangkan makan pisang goreng.. Jom amalkan gaya hidup sihat agar dapat menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan cemerlang

    ReplyDelete