SELAMAT DATANG

Selamat datang... Semoga bahan2 yang dipaparkan boleh digunakan bersama.

MALAYSIA KU TERCINTA

MALAYSIA KU TERCINTA bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif

Sunday, 5 June 2011

PERSEDIAAN CALON

Untuk mencapai keputusan yang cemerlang bagi mata pelajaran Geografi dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), calon perlu mengetahui skop sukatan pelajaran dan kehendak soalan PMR.

Antara beberapa persediaan yang diperlukan bagi menghadapi peperiksaan mata pelajaran Geografi PMR.

  • Menguasai semua topik dan tema (pelajaran tingkatan satu, dua, dan tiga).
  • Sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan kemahiran, konsep dan pengetahuan geografi untuk menjawab soalan berdasarkan fakta, huraian, peta, gambar rajah, graf, jadual dan sebagainya.
  • Mengetahui jenis-jenis soalan.
  • Boleh memahami dengan betul dan menganalisis dengan baik bagi jawapan-jawapan yang dicadangkan supaya dapat membuat pilihan tepat atau paling sesuai selaras dengan kehendak soalan, terutama soalan-soalan KBKK yang semakin banyak dikemukakan dalam kertas peperiksaan.

            Perlu diingatkan kepada calon bahawa dalam pembelajaran atau semasa mengulang kaji, calon seharusnya memahami dan mengingati sebanyak mungkin mengenai fakta dan konsep geografi dengan peta dan gambar rajah secara serentak. Cara demikian adalah selaras dengan bentuk kertas soalan yang banyak berdasarkan bahan berkenaan.
            Setiap tahun dianggarkan lebih 50% daripada soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada peta dan gambar rajah. Oleh itu, calon dikehendaki meneliti setiap peta dan gambar rajah yang berkaitan, terutamanya mengenai :
·         Pelbagai kawasan bentuk muka bumi (untuk memahami potensinya).
·         Pelbagai kawasan iklim (untuk memahami pengaruhnya).
·         Pelbagai jenis kawasan tanaman utama (penting).
·         Kawasan sumber-sumber alam / jenis-jenis mineral utama.
·         Kawasan-kawasan perindustrian.
·         Kawasan petempatan, lokasi bandar dan pelabuhan utama.
·         Kawasan taburan penduduk (padat, sederhana dan jarang).

            Soalan-soalan mengenai peta biasanya mudah. Lagipun peta adalah ringkasan segala isi atau fakta sesuatu tema dalam bentuk yang mudah difahami, terutamanya mengenai Kajian Geografi Malaysia dan kawasan-kawasan lain di luar Malaysia. Namun begitu, calon perlu juga menumpukan kepada fakta-fakta penting bagi sesuatu topik dan tema yang dipelajari dan diulang kaji supaya berkemampuan menguasai kemahiran, konsep dan pengetahuan dan seterusnya boleh mentafsir, menganalisis atau merumus berkaitan ciri-ciri geografi (mengenai gambar atau gambar rajah) yang bakal dihadapi ketika menjawab pelbagai bentuk soalan.

No comments:

Post a Comment