SELAMAT DATANG

Selamat datang... Semoga bahan2 yang dipaparkan boleh digunakan bersama.

MALAYSIA KU TERCINTA

MALAYSIA KU TERCINTA bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif bendera malaysia gif

Wednesday, 14 September 2011

TEKNIK "CAKAR LIMA"

Teknik mudah dalam membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan mengira waktu dengan menggunakan lima jari tangan.

PEMAHAMAN PADA JARI TANGAN.

1. Jari tengah ( no 3 ) ditandakan sebagai garisan pangkal (MG) 0 darjah.

2. Jari no 4 dan 5 ditandakan sebagai garisan Timur (arah timur).

3. Jari no 1 dan 2 ditandakan sebagai garisan Barat (arah barat).

4. Sekiranya soalan hanya merujuk kepada jari 3 dan 4 ( operasi tolak ).

5. Sekiranya soalan hanya merujuk kepada jari 4 dan 5 ( operasi tolak ).

6. Sekiranya soalan hanya merujuk kepada jari 3 dan 2 ( operasi tolak ).

7. Sekiranya soalan hanya merujuk kepada jari 1 dan 2 ( operasi tolak ).

8. Sekiranya soalan merujuk kepada jari 2, 3 dan 4 ( operasi tambah ).

 * PENERANGAN NO 4 HINGGA 8 ADALAH PEMAHAMAN UNTUK MENDAPATKAN BEZA   DARJAH KEDUDUKAN BAGI DUA GARISAN YANG DIKEMUKAKAN DALAM SOALAN.


CONTOH PENGGUNAAN KAEDAH DALAM MENYELESAIKAN SOALAN.

Kira waktu tempatan di X (0 darjah ) sekiranya waktu tempatan di Y ( 30 darjah Timur) ialah 12 Tengah Hari.

Teknik Penyelesaian.

1. Garisan X ditandakan pada jari no 3.

2. Garisan Y ditandakan pada jari no 4. Jadi hanya 2 jari sahaja yang terlibat iaitu jari 3 dan 4 sahaja. Maka operasi tolak digunakan ( rujuk panduan 4 pemahaman pada jari ) 30 tolak 0 = 30.

3. Seterusnya : 30 x 4 (kerana 1 darjah = 4minit) = 120 minit.

4. Seterusnya : 120 / 60 (kerana 1jam = 60 minit) = 3 jam.

5. Seterusnya penyelesaian terakhir ialah dengan menentukan samada operasi tambah atau tolak perlu digunakan. Memandangkan X (jari no 3) adalah tempat yang perlu ditentukan waktunya, terletak di sebelah kiri Y (jari no 4). Maka operasi tolak digunakan. TIPS kanan (positif) operasi tambah, kiri (negatif) operasi tolak.

6. Jawapan : 12 t/h - 2 jam @ 12.00
                                            - 02.00
                                           ----------
                                              10.00 pagi
                                           ----------
SELAMAT MENCUBA.......



No comments:

Post a Comment