Tuesday 20 February 2018

"PANDUAN UNTUK GURU PRAKTIKAL"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Salam Warga Pendidik.. Salam Hidup untuk Berbakti..

Tulisan ini ditujukan khas buat semua bakal guru yang sedang mengikuti pengajian di IPTA ( UPSI, USM, UPM,UKM,UUM dll) dalam jurusan ilmu pendidikan. Tidak kira apa jua latar belakang anda, pasti suatu hari nanti anda bakal bergelar seorang guru berjiwa pendidik yang hebat.

Sebelum saya perincikan "panduan untuk guru praktikal".. Elok rasanya saya ceritakan serba sedikit berkaitan diri saya.

Nama saya Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. Bertugas sebagai pendidik di SMK Sulaiman, Bentong, Pahang. September 2018 yang akan datang, genaplah usia perkhidmatan saya yang ke 15 tahun. Sangat pantas masa berlalu.

Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Geografi) dari USM, Pulau Pinang. Menjalani latihan praktikal selama 8 minggu di SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra, Kedah pada tahun 2003. Pengalaman menjalani latihan praktikal pada waktu itu menjadikan saya betul-betul memahami erti insan bergelar pendidik. Antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila ialah :

1. Mengajar kelas belakang.

Saya diamanahkan untuk mengambil alih kelas paling hujung tingkatan satu. Kelas tersebut asalnya diajar oleh GPK HEM. Disebabkan pengkhususan kedua saya ialah sejarah, maka saya pun kena ajar sejarah la untuk kelas tu.

Cabaran paling best ialah hampir 80% pelajar kelas tu tak pandai membaca. Eja nama sendiri pun tak lepas. Ni buat saya rasa betul-betul murung. Dah la ajar sejarah, kena membaca. 
Akhirnya setelah seminggu, saya temui jalan penyelesaian. Setiap kali waktu sejarah, saya akan suruh diaorang berlakon je. Belakon ikut topik yang dipelajari. Maka gegak gempita lahh kelas setiap kali waktu sejarah.


2. Main hoki guna tiang gol bola sepak.

Kenangan dan pengalaman ni dikira yang paling tidak dapat dilupakan. Sekolah tempat saya praktikal ni merupakan sekolah baru. Pelajar paling tua adalah tingkatan dua. Kemudahan pun tak banyak lagi.

Alkisah masuk minggu kedua, tergerak hati nak jalan-jalan kat sekolah waktu petang. Nampak laa sekumpulan pelajar duk lepak tepi padang. Bila ditanya, latihan hoki katanya. Tapi pelik, diaorang duk main tepi-tepi padang je. Rupanya padang dan tiang gol hokinya tiada.

Maka bermulalah misi melatih team hoki sekolah menggunakan kemudahan yang minima sehingga merangkul gelaran naib johan daerah. Terkejut Pengetua.

Dan yang paling best.. Ada seorang pemain, Amin namanya.. Berjumpa dengan saya pada hari akhir latihan praktikal. Terus hadiahkan pingat yang dimenangi sebagai tanda kenangan katanya.


Kenangan latihan praktikal di SMK Bandar Baru Darul Aman, Jitra, Kedah.

Pstttt.. Gadis disebelah kiri Prof tu adalah isteri saya sekarang.. Hehehe.. bab tu tak perlu cerita la kan..


Banyak lagi kenangan sebenarnya, cuma 2 kenangan itu adalah yang paling terbaik buat saya.


OK.. Berbalik kepada tujuan asal. Kupasan berkaitan panduan untuk guru praktikal. Perlu diingat, catatan dan panduan adalah berdasarkan pengalaman saya menjalani latihan praktikal dan pernah menjadi pembimbing guru praktikal.



PANDUAN UNTUK GURU PRAKTIKAL

Saya membahagikan panduan ini kepada 3 fasa iaitu :


1. Fasa Sebelum

2. Fasa Semasa

3. Fasa Hibernasi (Selepas)



FASA SEBELUM

  Bersambung....................

No comments:

Post a Comment