Wednesday 15 April 2020

"Belajar untuk Mengajar"

Pertamanya syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan semesta alam. Blog yang berhabuk dikuis kiri kanan, maka terhasillah sedikit penulisan di blog ini yang telah lama ditinggalkan (lebih dua tahun).

Hari ini (15 April 2020) merupakan hari pertama  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap 3. Tindakan pihak berwajib ini merupakan satu tindakan tepat bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara Malaysia tercinta ini.

Bagi para guru seluruh negara, pastinya ini merupakan cabaran besar bagi menyediakan ruang dan peluang pembelajaran murid-murid di rumah. Apatah lagi kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan pembukaan semula sesi persekolahan nyata belum pasti waktunya. Kesempatan ini, saya cuba meneroka sesuatu yang baharu iaitu  Pembelajaran Maya atau E-Learning. 

Menarik untuk diteroka.

Menarik untuk dipelajari.

Belajar untuk mengajar. Tuntutan untuk meningkatkan kemahiran diri amat perlu bagi seorang bergelar guru. Ya.. Saya seorang guru novis yang superb.

Hasilnya.. Software yang dikenali sebagai VideoScrib berjaya dikuasai dengan sangat baik. Berguru dengan YouTube. Itulah namanya belajar untuk mengajar.

Alhamdulillah.. Terhasilnya video-video pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid-murid di rumah. Dukacitanya, bagaimana dengan nasib murid-murid di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan capaian internet?

Semoga ada mekanisma lain yang dapat dijalankan demi masa depan mereka.

Pesanan untuk rakan guru dari saya guru novis yang superb, bertindak proaktif dan belajar untuk mengajar. 

Akhir sekali.. dikongsikan satu video yang di upload ke "YouTube Channel" saya. 


Semoga catatan ringkas ini membuka minda kita bersama.

#Stayathome

1 comment:

  1. Alhamdulillah Tahniah Cikgu Fitri. Semoga segala usaha mendidik anak bangsa dan berkongsi ilmu dengan rakan sekerja diberkati Allah.Aamiiinn

    ReplyDelete